Sunday, July 27, 2008



"Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan"
.
MAKLUMAN: Sesiapa yang mempunyai barangan terpakai tetapi masih elok tapi tak tahu nak letak kat mana..sumbangkanlah pada insan yg memerlukannya.Jadikanlah barangan terpakai umpamanya pakaian,kasut dan seumpamnya sebagai amal jariah anda.Anda boleh hubungi saya utk keterangan lanjut

Saturday, July 26, 2008

RENUNGAN

..Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal rosaknya kehidupan di dunia berpunca daripada kekotoran batin...

RAHMAT TUHAN

semua lukisan ni dilukis atas kanvas... guna akrilik.semoga rumah,pejabat,restoran atau dimana-mana pun akan turunnya rahmat Tuhan.Hiasilah ....semoga kita semua sentiasa mengingati Tuhan walau dimana jua kita berada.insyallah.....


ingin memiliki karya-karya dalam blog ini?

Anda berminat dan berhajat untuk memiliki lukisan didalam blog ini.Sila hubungi saya atau sms ke 0139242748. atau emailkan ke ikhwankelantan@yahoo.com.my Pasal harga? jangan bimbang.....boleh bincang.

TAZKIRRAH....

"..Walau sebanyak mana pun kita bersembahyang, berpuluh tahun kita lakukan hitam dahi, sakit-sakit kaki, tapi yang sembahyang itu ialah fizikal lahir kita. Yang berdiri badan, akal dan hati tidak berdiri. Badan yang rukuk, akal dan hati tidak rukuk. Badan yang sujud, akal dan hati tidak sujud. Yang membaca lisan, akal dan hati tidak membaca. Itulah rahsia mengapa sembahyang tidak memberi kesan. Itulah rahsia mengapa orang yang bersembahyang berbohong, rasuah, menipu, bakhil, sombong, khianat, mengumpat, kejam, zalim, pemarah, riyak, sum'ah, tidak bertimbang rasa, tidak ada tolak ansur, tamak, jahat sangka, ingin nama, suka glamour dan lain-lain lagi sifat yang keji. Sedangkan sembahyang Allah berkata: tanha 'anil fahsa i'walmunkar"

Wednesday, July 23, 2008


"Percayakan Allah yang Maha Adil dan Maha Rahman dan percayakan hari Akhirat dan Pembalasan, menjadikan orang Islam tenang dan senang serta mengelakkan daripada kecewa dan putus asa. Contohnya, kalau di dunia dia dizalimi, di Akhirat akan diadili dengan adilnya, senang hatinya ada lagi mahkamah yang akan membelanya. Kalau dia susah dan menderita di dunia, dia tahu dosanya akan diampunkan atau ditingkatkan darjatnya, terhibur hatinya, kalau permintaannya kepada Allah tidak tertunai di dunia, hatinya tidak resah dan gelisah kerana dia tahu Allah hendak simpankan di Akhirat kelak."