Wednesday, July 23, 2008


"Percayakan Allah yang Maha Adil dan Maha Rahman dan percayakan hari Akhirat dan Pembalasan, menjadikan orang Islam tenang dan senang serta mengelakkan daripada kecewa dan putus asa. Contohnya, kalau di dunia dia dizalimi, di Akhirat akan diadili dengan adilnya, senang hatinya ada lagi mahkamah yang akan membelanya. Kalau dia susah dan menderita di dunia, dia tahu dosanya akan diampunkan atau ditingkatkan darjatnya, terhibur hatinya, kalau permintaannya kepada Allah tidak tertunai di dunia, hatinya tidak resah dan gelisah kerana dia tahu Allah hendak simpankan di Akhirat kelak."